20121102

Suara dari hati

Andai mampu diluahkan dalam bentuk esei,
Mungkin berpuluh-puluh helai kertas perlu digunakan.

Andai mampu diluahkan dengan kata-kata,
Mungkin akan ada hati yang terguris. Hati sendiri juga mungkin sakit. 
Menggumam sendiri. Terduduk dengan suara dari hati.

Fahamilah..!!
Bukankah kita bersaudara? Bukankah kita satu keluarga? 
Bukankah memutuskan silaturrahim itu satu dosa besar? 
Bukankah kita dari satu jiwa yang sama?

Jadi mengapa sukar benar rasanya.?  


Setiap sesuatu masalah itu pasti ada punca. 
mungkin HATI yang memainkan peranan paling utama. 


Konsepnya mudah, andai masih ada yang tidak kena hati..
ukhwah takkan dapat bertaut. 
Walau beribu cara digunakan, ukhwah itu tidak mampu menyerap ke dalam jiwa.

Arghh... Sukarnya memuaskan hati semua!
Kata orang,  kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Masih cuba berbaik sangka.

Bolehkah jika kita buang segala prasangka hitam dalam hati,
tinggalkan satu ruang bersih, agar yang putih boleh mencelah.

Bukan sebab sudah begitu suratannya. Bukan!
Sebab KITA yang menjadikannya begitu. Tapi pasti ada jalannya.
Pasti..! 

Jangan disebut 'Dah memang macam ni.. tak boleh buat apa da.."
Tolong jangan..!!
Itu dah menggambar dalam hati itu memang tak mahu bersatu. 
Bersatu memang boleh! Nak atau tidak saja. 

Bersatu itu indah. Bukankah Islam itu indah dengan bersatu?
Bukankah kita bahagia bila bersatu? Bukankah Islam itu menolak perpecahan? 
Kalian tidak mahu bersatukah?
Tak apalah. 
Andai ditekan-tekan, nanti lebih mudarat
Simpan saja dalam  hati. Biar berkulat. 

Tapi sampai bila?
:(




_____________
sebab itu perlunya meluah perasaan

semakin disimpan
makin membesar barah
Tolong..! 
:'( 



No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...