20121102

2 Tahun

Aku cuma terfikir,
apa jadi lagi 2 tahun?
Jika mahu dibilang, lama juga 2 tahun tu. 730 hari.
Nampak lama benar dengan angka-angka yang besar. Tapi minda terus menerus meyakinkan aku bahawa 2 tahun itu langsung sekejap. Bagai sekelip mata. 
Emm, ada kebenarannya. 
Kita hanya lihat angka.  Belum pada isi. 
22 tahun pun sekejap benar rasanya. 
Apatah lagi 2 tahun. 

Aku hanya terfikir,
Bagaimana akan aku penuhi 2 tahun itu?  
Dari segi pengiraan kasarnya, masa sebelum aku habis belajar tinggal 1 tahun lagi. Dan tahun seterusnya insyaAllah akan ber-konvokesyen dan juga si-postingkan ke segenap pelusuk Malaysia ini. 
Nah! Itu sajakah yang akan aku tunggu? Konvo dan posting?
Aku cuma terlalu banyak berfikir.

Aku berangan-angan,
Aku ingin sekali menikmati segenap pelusuk alam ini selagi belum berdua. 
Sudah membayangkan untuk bawa mama, abah, abang mer, kak nor dan fairooz melancong dengan duit aku sendiri. 
Wah, pasti teruja!
Kemudian aku berangan lagi untuk ke Tanah Suci di usia muda. Teringin benar!. 
Moga Dia jemput. 
Aku tersedar ia cuma angan-angan. 

Aku cuma berkhayal,
Andai kata ada yang masuk merisik aku sebagai bunga di taman,
Err... Mampukah aku? atau Mahukah aku? 
Aku cuma takut. Tanggungjawab. 
Tapi aku sedang berusaha bersedia. 
Manalah tahu akan datang putera yang mampu buka hati aku ini. 
Eceh.! Berangan..!

Tiba-tiba terasa bagai ditepuk dari belakang.
terpampan sedikit ke hadapan
dan aku tersedar 
bahawa







Hari esok pun belum tentu jadi milik aku.

Kadang-kadang aku terlupa maksud sebenar aku hidup.
Untuk kembali pada Dia.



__________
Mati itu pasti. 






No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...