20121104

Kontra

Adele. Someone like you.

Entah kenapa lagu itu dipasang berulang kali. Dengan headphone yang menutupi telinga, terasa bagai di dunia lain. Apa-apa yang berlaku di sekeliling tak disedari. Mata hanya menancap skrin komputer dan jari jemari rancak menari di permukaan keyboard. Otak juga sedang bekerja keras. 

"Nevermind i will find someone like you...."

Ahh, bahagian chorus yang dulunya pernah punya makna bagi aku. Kini aku tak rasa apa-apa lagi. Tak ada makna. Bait-bait itu hanya berlegar-legar di ruang otak tanpa sedikit pun aku tersentuh. Dalam ralit otak bekerja keras membantu aku menyiapkan assignment, masih sempat bermonolog.


"Apa akan jadi pada kau sekarang kalau yang dulu itu kau teruskan?"

"Entah."

"Kenapa kau tak teruskan?"

"Aku cuma rasa berdosa."

"Berdosa? Apa yang dosanya?."

"Aku rasa tak gembira. Ada sesuatu buat aku pilih keputusan tu. Dah. Jangan tanya lagi!"

"Kau ni pelik."



Perbualan itu cuma aku yang dengar dan tahu. Hilang. Fokus kembali terarah pada assignment yang belum selesai.

Lagu Adele sudah tamat. Tutup saja mp3 ini. Kacau.


****


Hujan. 

Aku gemarkan bau hujan. Aku suka hujan.
Aku masih teringat zaman sekolah rendah dulu. Aku sering terbau hujan sebelum hujan turun.


"Nak hujan la."

"Hujan ada bau ke?" 

"Eh, ade la. Kau tak bau?"

"Tak pun. Kau ni pelik."



Terkesima. Pelikkan aku? Hujan itu ada bau. Betul. Aku tak tipu! 
Setiap kali hujan, aku teringat sejarah itu. Mungkin masa itu kawan aku tu tak tahu hujan itu ada bau. Yela, budak sekolah rendah. Haha. Sejak itu, bila-bila hujan aku tak sebut lagi perkataan itu. Aku tak mahu nampak pelik. Tapi aku masih mencari jawapan. 
Betul ke hujan tak ada bau? Tak mungkin aku saja yang bau. 

Dan betullah. Hujan tu ada bau. Yes! Aku tak pelik. Kawan aku yang pelik.


****

Pelik? Aku pelik?
Emm, aku biasa-biasa saja. Ya la. Manusia tu mana nak sama. Takkan kita nak kata kita pelik. Orang yang melihat dan menilai.  Bila berada di tempat yang semua orang mahu jadi sama, dan kita sedikit berbeza pastinya kita akan nampak pelik. 

Macam seni. Ada kontra. Penegasan. 

Tak apalah. Jadi diri kamu saja. Buat apa yang kamu rasakan. Yang kamu fikirkan. 
Kelainan itu yang membezakan. 






____________
Nikmat bila dapat rasa berdosa. Kerana itu anugerah.
Ada orang tak ada rasa berdosa. Dan tak ramai yang rasa nikmat rasa berdosa itu. Sungguh. Macam hidayah. Hidayah itu hanya dicampak ke dalam hati orang-orang tertentu saja. Yang mahu buka pintu hati. Mereka tak pelik. Cuma dipilih dan terpilih.

Lagi nikmat bila rasa berdosa dan mahu untuk berubah. 
Tak kira apa cabarannya!.

Terima kasih Ya Allah. 



No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...