20121230

ARTWORK

Antara karya-karya untuk tahun 2012.
Beberapa karya yang sempat disnap gambarnya.







.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ohh.... sangat tak produktif...
huuhuu...
=.='


ARTWORK Baru!


karya terakhir untuk tahun 2012.
perlu tacap lagi. tapi dah malas.
tunggu 2013 pulak nak tacap balik.
haha.

'Menanti hujan teduh'
Graphite on Paper
A3 size
2012



STOP CHILD ABUSE!





______________
any comment?
:)
<3


1 jam

31 Disember 2012. 11.50 pm. 
-
1 Januari 2012. 12.50am.


bayi A lahir pada 31 Disember 2012, jam 11.50 pm. 
Manakala bayi B lahir pada 1 Januari 2012, jam 12.50 am. 

7 tahun kemudian, 
Bayi A akan berada di Tahun 1.
dan Bayi B di Tadika. Masih 6 tahun.
walaupun beza usia mereka cuma 1jam!.

tapi usia kita.
1.50 pm dan 1.49 pm.
hanya 1 minit.
tapi sudah membuatkan kita semakin tua.
setiap saat yang berlalu sebenarnya menggambarkan peningkatan usia kita.

Umur sebenarnya bukan hanya dihitung dengan tahun. 
setiap saat waktu berdetik. 
hanya menunggu memenuhkan ruang 1 tahun.
namun, kita hanya berkira-kira dalam tempoh setahun.

Jadi. 
Berapa usia anda sekarang..?




_____________
gambar tak ada kena mengena dengan post.  Hee

20121228

Manusia 'Pelupa'

"Maaf, saya tak pernah ambil tahu, memang tak mahu ingat, saja buat-buat lupa dan akhirnya saya terlupa,"


........


"Tapi bila saya nak ingat, saya akan sentiasa ingatkan diri saya, saya fikir dan akhirnya saya akan sentiasa ingat,"


........




Perasaan itu kadang-kala memang sukar dikawal.
Rindu, Cinta, Marah, Cemburu seringkali wujud.

Perasaan inilah yang memberi rencah pada kehidupan,
Namun kadang-kala, apabila rencahnya terlalu banyak,
ianya tidak menjadi seperti yang kita inginkan.

Bak kata pepatah English, "less is more".
Biasa-biasa saja sudah cukup.
Berpada-padalah mengawal perasaan. 
Kerana perasaan itu sememangnya dicipta untuk dikawal.

Untuk melupakan terus, pastinya bukan perkara mudah.
Jadi kawal perasaan itu perkara penting.

Ingat.
'Teringat' dan 'Ingat' itu  tak sama.
Peace no war.
:)
<3





20121222

Hati mesti kental..!

Cukup.

Duhai hati, hentikanlah semua ini. Perkara yang lepas, biarkan saja berlalu. 
Usah dikenang-kenang sangat. Percayalah!. Everything happen for reasons. 

Hati mesti kental beb. *senyum*

Hati yang utama. Hati tu perlu kuat. Kalau tak kuat, perlu pura-pura jadi kuat. 
Pokok pangkalnya pada hati. 

Biarkan mereka ikut jalan mereka dan bahagia.
Kamu ikut jalan kamu dan bahagia.
Kerna hati mesti kental.

Andai kamu jatuh,
berusahalah untuk kembali bangkit dengan bergaya,
kerna hati mesti kental.

Walau apa pun yang terjadi,
Kuatkan semangatmu,
Teruskan menari, berlari dan melangkah,
kerna hati mesti kental.

Jiwa perlukan hati-hati yang kental.
Masalah cuma buat kamu pening,
yang penting hati mesti kental.

Kali ini yakin hati sudah betul-betul lepaskan.
Jangan dikenang lagi.
Sejarah tinggal sejarah.
Selamat tinggal.
:)




20121217

Bunga telur and Bally shoes

Musim perutusan cinta kembali lagi. Bersama-sama musim langit menangis. Hujan rahmat. Hujan cinta. Musim perkahwinan atau musim penyatuan dua hati. Banyak persediaan dan persiapan perlu dilakukan.

Perkahwinan itu adalah sunnah Rasulullah bahkan Nabi s.a.w tidak mengaku umat apabila ada sesiapa yang tidak mahu berkahwin sedangkan ia mempunyai kemampuan dan perbelanjaan yang mencukupi.

Indahnya perkahwinan andai berlandaskan syariat. Berkahwin itu mudah tapi pengisian selepas perkahwinan itulah yang utama. Siapa kamu sebelum dan selepas berkahwin.
Siapa yang tak punya jodoh. Semua sudah ditakdirkan jodoh masing-masing. Cepat atau lambat saja. InsyaAllah semua orang akan merasai alam perkahwinan. Kalaupun tak di dunia, InsyaAllah di akhirat sana. Perkahwinan itu menghubungkan dua jiwa secara halal.  Perkahwinan itu menghubungkan cinta yang halal. Cinta itu nikmat. Maka perkahwinan juga adalah nikmat.

Teringat ketika meniti waktu kanak-kanak dulu, bermain kahwin-kahwin. Ketika itu tak ada perasaan pun pada 'pasangan pengantin'nya. Bagaikan simulasi kembali tentang perkahwinan-perkahwinan yang pernah dilihat. Tapi kini apabila meniti dewasa, perkahwinan yang dulunya olok-olok, kini jadi realiti. 

Niat di hati ini bukanlah terlalu memikirkan tentang perkahwinan. Masih awal lagi rasanya. Cuma apabila berpengalaman mengikuti aturcara perkahwinan dari mula hingga akhir sedikit sebanyak memberi input buat diri ini.

























My first time wedding shoot
Wanie & Farulisman
15/12/2012
Alor Lintang , Besut , Terengganu
Picture and edit by Intan Solehah


20121204

TOLONG..!

Tolong belikan saya buku-buku ini.
Pleaseee... 


1. Sepuluh Ribu  




2. Langit Vanilla




3. Laut lebih indah dari bulan.

 

4. Sembang tepi jalan




Sekarang sedang berusaha mendapatkan buku 

Rahsia 2 pria.




INILAH NAMANYA KEGILAAN..! 

Tolong ya..! hehe.


20121108

Pertunangan itu.




Since ramai teman-teman, sahabat, saudara mara yang bakal melangsungkan ikatan pertunangan bersama pasangan masing-masing, terasa nak buat satu post tentang ikatan pertunangan ni. Buat bekalan diri jua. Tehee.

Ok. Perlukah bertunang?
Hukum bertunang atau khitbah ini disebut para ulamak adalah sunat. Ada juga ulamak yang menyebut hukumnya sebagai harus. Bermakna, amalan tersebut digalakkan di dalam Islam demi mencapai tujuan tertentu.  

Khitbah atau bertunang bermaksud proses pihak lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing- masing. 

Khitbah memberi peluang kepada kita untuk bertaaruf atau berkenalan dengan pasangan masing-masing sebelum bernikah atau berkahwin. Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. Tempoh bertunang juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk menyemai persefahaman dengan pasangan masing-masing ke arah melahirkan sebuah mahligai yang bahagia. 

Selain itu, antara tujuan lain bertunang adalah supaya keluarga kedua-dua belah pihak dapat membina hubungan sebelum bergelar besan. Apabila kita berkahwin, kita bukan berkahwin dengan lelaki atau wanita itu sahaja, tetapi kita juga berkahwin dnegan keluarganya sekali. 

Hadis Rasulullah s.a.w yang mafhumnya : 
" Tidak halal bagi kamu perjualan di atas perjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain."

Kita tidak dibenarkan oleh syarak untuk meminang seseorang wanita / lelaki apabila wanita / lelaki itu sudah menjadi tunangan orang. 

Walaupun sudah bertunang, pasangan perlulah menjaga ikhtilat masing-masing kerana mereka masih belum dikira halal. Ibu bapa perlu juga memantau agar pertunangan ini tidak dijadikan lesen untuk berdua-duaan.  Hakikatnya, dalam tempoh pertunangan, si gadis masih lagi berada di bawah tanggungjawab walinya.  

Kita perlu membezakan antara amalan adat masyarakat dan juga konsep sebenar amalan tersebut mengikut syarak. Ia tidak memerlukan majlis besar-besaran atau hebahan seumpama mahu bernikah. Ia juga sebenarnya tidak memerlukan hantaran, dulang-dulang dan sebagainya. Itu hanyalah merupakan adat orang melayu. Namun begitu seboleh-bolehnya raikan adat selari syariat. 


Pertunangan ini sebaik-baiknya dirahsiakan. Dan janganlah bertunang dalam tempoh masa yang terlalu lama kerana pertunangan merupakan suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.

Hikmah tidak mengheboh-hebohkan pertunangan adalah untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh manusia yang berhasad dengki. Namun bukanlah tidak boleh langsung orang lain tahu tentang majlis pertunangan, cukuplah seudara-mara dan sahabat-sahabat terdekat. 

Sekiranya telah dapat dihidu oleh sesetengah orang, berhikmahlah dalam memberi tahu tentang pertunangan tersebut. Takut nanti lain pula jadinya. Tak perlu terlalu menghebahkan dan tak perlulah terlalu menyembunyikannya. Bersederhana saja. 


Bertunang itu matlamatnya jelas. Maka fokuslah kepada matlamatnya. 
Usah bertunang terlalu lama.

Tanyalah kembali pada diri, perlukah bertunang? jika perlu, kenapa? Kemudian, berapa lamakah tempohnya? Adakah terget untuk bernikah benar-benar telah menjadi fokus utama?

Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri, agama dan masa depan anda. Juga jangan dilupakan orang disekeliling anda. 






________________
Buatlah keputusan dengan bijak. 
Selamat bertunang.
:)  



20121105

Awak




'Awak'.
Tadi saya nampak 'awak' lagi dari jauh.
 Tapi saya sengaja ikut jalan lain. 
Sebab tak mahu bertembung. 
Saya nampak 'awak', tapi saya sengaja buat-buat tak nampak. 
Maafkanlah saya. 

'Awak'.
Saya sebenarnya sukakan 'awak'. Tapi saya malu. 
Sebab itu saya larikan diri. 'Awak' terlalu hebat. 
Saya banyak kurangnya. 

'Awak'.
Saya tahu awak sentiasa pandang saya. Saya perasan. 
Tapi saya takut nak menoleh. Tak berani. Segan. 

Tapi.
'Awak' tak pernah hilang dari pandangan saya. 
'Awak' ikut sayakah?
Nama 'awak' ada dimana-mana. 
Kebetulan apakah semua ini?

Benar, saya sentiasa mengharapkan kehadiran 'awak'.
Dan kini Allah hadirkan 'awak'.

'Awak'lah Petunjuk itu.

Awak sentiasa ada dekat saya. 
Kadang-kadang saya saja buat-buat tak nampak awak. 
Saya sengaja melarikan diri dari awak. 

Allah dah beri petunjuk dengan pelbagai cara pada saya.
Sama ada saya perasan atau tidak saja.
Sama ada saya mahu lihat atau tidak saja.

Jangan takut menerima petunjuk.
Itu tanda Kasih Sayang Allah.

Saya tak akan lepaskan  'awak'.






"Sungguh. Kami telah menunjukkan kepadaNya jalan yang lurus; ada yang bersyukur, 
ada pula yang kufur.  
(76 :3) 

"Barang siapa yang diberikan petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat pentunjuk;
Dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka engkau tidak akan mendapat seorang penolong yang memberi petunjuk kepadanya. 
( 18:17)

Aku bukan bidadari








Semalam
Aku mimpi. Ditumbuhi sayap bidadari.
Entahlah bidadari sebenarnya ada sayap atau tidak. 
Tak pasti.
Mungkin saja banyak terpengaruh 
dengan cerita fantasi zaman kanak-kanak. Haha.

Tapi. Sejenak aku fikir. 
Andai saja aku punya sayap bidadari.
Layakkah aku?
Langsung tidak. Aku yakin.
Aku kenal siapa aku.

Aku jadi malu
pada diri sendiri.
Hati masih belum cukup suci.
Aku kenal diri aku.

Ah, siapa yang tak buat dosa?
Biasalah manusia tak sempurna.
Emm.

Aku tak menawan, tak mempersona, tak sejelita bidadari,
Cukup saja sempurna tubuh
Ada akal, mampu fikir.
Tapi ada ketika tetap saja aku
tak syukuri kurniaan Tuhan.  

Aku masih berusaha memperbaiki diri
Aku cuma perlu cinta dan redha ilahi.
kerna aku bukan bidadari.




Inspirasi



Kalau mahu jadi insan istimewa, 
Jadilah penulis. 

- Salim A. Fillah.




Walau diri ini masih tercari-cari rentak. 
Inilah inspirasi..! 

InsyaAllah.
Moga Allah redha.
:)

Sentap!

Zup..!

"Adoi. Sentap betullah kalau dengar dia ni cakap,"  Gumam hati. Geram tiba-tiba. 

"Dah, kalo kau tak buat, kenapa nak sentap?,"  bagai ada suara asing yang menyampuk.

Zup..!  Sentap lagi.


****

Pagi itu, awal Fyn bangkit dari tidur. Sesudah mandi, solat dan mengalas perut tanda sarapan, tangannya cepat-cepat membuka suis laptop. Broadband dikeluarkan dari laci meja dan dicucuk ke usb. Internet on. Facebook dibuka. Kelihatan simbol-simbol merah menyala-nyala di satu sudut facebook itu.

"Wah, ade 68 notification..! "  Hehe. Seronok.

Jarang-jarang sekali peroleh notification sebanyak itu membuatkan dia sedikit teruja. Kalau diikutkan orang lain, notification sebanyak itu tiada apa-apa pun. 

Cepat-cepat dia menekan butang notification. Kebanyakan notification tersebut tertumpu pada gambar yang baru diuploadnya semalam. Ada juga beberapa game request daripada entah siapa. Dia tak kenal. 

Gambar yang baru diuploadnya itu merupakan gambarnya ketika di bercuti bersama kawan-kawan di Pulau Tioman. Gambar itu gayanya agak daring. Fyn memang menarik orangnya. Cuma dia agak malu apabila berhadapan dengan lelaki. 

Entah kenapa dia berani upload gambar itu ke fb. Kalau dulu, dia memang tak suka upload gambarnya seorang diri ke fb. Malu. 

Ramai pula yang Like gambarnya. Tak kurang yang memuji, "Cantik!" , "Cunnya!" , "Jarang tengok Fyn macam ni," . Tapi ada satu komen yang buat Fyn sentap.

"Daringnya posing. Dah berubah sekarang."

"Ahh, biarlah. Rasanya bukan teruk sangat pun aku posing. Biasa saja.  Baju pun tutup aurat," Gumamnya sendiri. Entah kenapa. Pedih pula rasanya membaca komen itu. 

Si dia yang memberi komen itu dia block.  Biar dia tahu aku tak suka dia cakap macam tu.

"Oh, Kau nak semua orang puji kau ke? Eh, Kau upload gambar tu sebab nak orang puji ke ape?" Ada bisikan yang menyelinap.

"Erm, entahlah. Aku tak tahu. Mungkin ya aku mahu orang puji aku,"

"Apa pentingnya pujian orang? Supaya kau terus berada di awangan?"



****


Malam itu, melayari facebook lagi.
Banyak pula kata-kata islamik ni keluar di wall. Sambil tangan memegang tetikus, jari asyik memutar scroll ke bawah. Terbaca pula satu ayat ni. Sentap!.



"Wanita yang baik tidak akan menunjuk-nunjukkan kecantikan dirinya kerana mengharapkan pujian manusia.  Mereka akan merasa malu sekiranya gambar itu terlalu menonjolkan mereka. Bukankah barang yang baik itu seeloknya disimpan?"


Tersentap!
Terus dia teringatkan gambar-gambar di facebooknya. Tangannya cepat-cepat membuka fail gambar. Satu persatu diperhatikan. Ya. Hanya gambar yang baru diuploadnya kelmarin agak berlainan gayanya.  

Fyn memerhatikan like yang diterimanya untuk gambar itu. Lebih 50 like dan beberapa komen. 

Allah. Kenapa aku langsung tak berasa malu orang melihat gambar aku sebegini?
Tapi kini terbit seribu satu penyesalan dalam hati ini. Cepat-cepat dia delete gambar itu. Hatinya terasa malu yang teramat. Entah berapa orang telah melihat gambar itu. 

Oh, malunya!.









___________


Kadang-kadang Allah sengaja buat hati kita terasa agar kita sedar kesilapan yang telah kita lakukan. 

Jika kita terbaca post-post yang membuatkan kita terasa hati, sila BERLAPANG DADA. 
Post-post itu tak ditujukan pada kita pun. Cuma kita yang terasa. 
Bersyukurlah kerana dengan post itu membuatkan kita sedar apa yang kita lakukan. 
Ucapkan terima kasih juga sahabat kita kerana tegurannya itu.  Seronok bila ada yang menegur. Tanda mereka prihatin.

Dalam hidup ini sebenarnya tiada kebetulan.
Semuanya telah ditakdirkan. 

Belajar menerima walaupun pahit.
Belajar berlapang dada walaupun sesak.

Tuhan itu Maha Tahu.  
:)

20121104

Kontra

Adele. Someone like you.

Entah kenapa lagu itu dipasang berulang kali. Dengan headphone yang menutupi telinga, terasa bagai di dunia lain. Apa-apa yang berlaku di sekeliling tak disedari. Mata hanya menancap skrin komputer dan jari jemari rancak menari di permukaan keyboard. Otak juga sedang bekerja keras. 

"Nevermind i will find someone like you...."

Ahh, bahagian chorus yang dulunya pernah punya makna bagi aku. Kini aku tak rasa apa-apa lagi. Tak ada makna. Bait-bait itu hanya berlegar-legar di ruang otak tanpa sedikit pun aku tersentuh. Dalam ralit otak bekerja keras membantu aku menyiapkan assignment, masih sempat bermonolog.


"Apa akan jadi pada kau sekarang kalau yang dulu itu kau teruskan?"

"Entah."

"Kenapa kau tak teruskan?"

"Aku cuma rasa berdosa."

"Berdosa? Apa yang dosanya?."

"Aku rasa tak gembira. Ada sesuatu buat aku pilih keputusan tu. Dah. Jangan tanya lagi!"

"Kau ni pelik."



Perbualan itu cuma aku yang dengar dan tahu. Hilang. Fokus kembali terarah pada assignment yang belum selesai.

Lagu Adele sudah tamat. Tutup saja mp3 ini. Kacau.


****


Hujan. 

Aku gemarkan bau hujan. Aku suka hujan.
Aku masih teringat zaman sekolah rendah dulu. Aku sering terbau hujan sebelum hujan turun.


"Nak hujan la."

"Hujan ada bau ke?" 

"Eh, ade la. Kau tak bau?"

"Tak pun. Kau ni pelik."



Terkesima. Pelikkan aku? Hujan itu ada bau. Betul. Aku tak tipu! 
Setiap kali hujan, aku teringat sejarah itu. Mungkin masa itu kawan aku tu tak tahu hujan itu ada bau. Yela, budak sekolah rendah. Haha. Sejak itu, bila-bila hujan aku tak sebut lagi perkataan itu. Aku tak mahu nampak pelik. Tapi aku masih mencari jawapan. 
Betul ke hujan tak ada bau? Tak mungkin aku saja yang bau. 

Dan betullah. Hujan tu ada bau. Yes! Aku tak pelik. Kawan aku yang pelik.


****

Pelik? Aku pelik?
Emm, aku biasa-biasa saja. Ya la. Manusia tu mana nak sama. Takkan kita nak kata kita pelik. Orang yang melihat dan menilai.  Bila berada di tempat yang semua orang mahu jadi sama, dan kita sedikit berbeza pastinya kita akan nampak pelik. 

Macam seni. Ada kontra. Penegasan. 

Tak apalah. Jadi diri kamu saja. Buat apa yang kamu rasakan. Yang kamu fikirkan. 
Kelainan itu yang membezakan. 






____________
Nikmat bila dapat rasa berdosa. Kerana itu anugerah.
Ada orang tak ada rasa berdosa. Dan tak ramai yang rasa nikmat rasa berdosa itu. Sungguh. Macam hidayah. Hidayah itu hanya dicampak ke dalam hati orang-orang tertentu saja. Yang mahu buka pintu hati. Mereka tak pelik. Cuma dipilih dan terpilih.

Lagi nikmat bila rasa berdosa dan mahu untuk berubah. 
Tak kira apa cabarannya!.

Terima kasih Ya Allah. 



20121103

Cinta dan Cita-cita


Antara cinta dan cita-cita.
Dua perkara yang cukup sinonim.Akrab. Sukar dipisahkan.
Soalan yang cukup popular masa kini. Femes.

Andai ditanya soalan

A  : Siapa yang kamu cinta?

B  : Allah, Rasul, Suami/ Isteri , Anak-anak, Sanak saudara, sahabat...

A  : Apa cita-citamu?

B  : Ingin ke syurga abadi.


Nah. Semudah itu jawapannya.Barangkali  ini jawapan kanak-kanak usia 7 Tahun yang punya fikiran yang suci. 
Kalau aku lemparkan soalan sebegini pada kalian yang jiwanya remaja ini, adakah jawapannya sama?  Ataupun jawapannya berbunyi begini : 

A : Siapa yang kamu cinta?

B : Pakwe saya. Namanya Aaron Aziz. Dia baik sangat. 

A : Apa cita-citamu?

B : Emm, saya nak belajar sampai dapat Phd, lepas tu saya nak duduk rumah saja dengan suami saya.


Ini cumalah perbualan yang direka. Tapi dapat tak konsepnya? 
Terkadang, kita cuma memikirkan sesuatu itu tanpa jarak. Maksudnya sekadar apa yang terjadi di sekeliling kita selain apa yang kita nampak dan mahu. Mereka hanya melihat dunia lebih daripada segala-galanya. 

Tapi cuba kita lihat 2 atau 20 tahun ke hadapan dimana limitasinya sedikit jauh. Pandanglah masa hadapan. Kenapa perlu jarak yang sebegitu jauh? 

Kerana kata Ibn Qayyum, 
Bau aroma syurga itu boleh dihidu dengan jarak 100 tahun.  Ternyata, syurga itu lebih jauh ke hadapan!

Bukankah syurga itu kekal selama-lamanya? Arah kita selepas ini pun hanya ada dua. 
Syurga atau neraka. 
Andai kita dilemparkan ke neraka kerana cita-cita utama kita ingin menjadi arkitek, lawyer, guru pastinya menyesal. 

Maksudnya di sini, bukanlah tidak boleh bercita-cita menjadi arkitek, lawyer atau guru. 
Yang penting ialah matlamat kita. Di penghujungnya, cita-cita kita di akhirat yang pasti ialah menggapai Syurga. Gunakan dunia ini sebagai alat untuk kita gapai cita-cita itu. Berkerjalah sebagai guru, lawyer, doktor atau apa-apa saja pekerjaan yang halal sebagai satu ibadah. Bukankah beribadah itu satu jalan untuk ke syurga?

Ok. Dapat konsep cita-cita ini?
Sekarang kita pergi kepada Cinta.

Manusia memang sukakan Cinta.   
Cinta itu ialah perasaan halus yang datangnya daripada Allah s.w.t. Cinta itu haruslah berpaksi kepada Allah. Masalah akan timbul sekiranya kita salah meletakkan kepentingan dalam bercinta itu. Cinta itu suci dan tidak seharusnya dijadikan cinta murahan. Bercinta tidak salah namun haruslah ada matlamat yang lebih jauh iaitu bercinta hingga ke syurga. 

Nah, bukankah cinta dan cita-cita itu saling berkait?
Cinta dan cita-cita ini haruslah disatukan. Janganlah terlalu mengejar cita-cita dunia hingga terlupa belajar mencintai dan dicintai. Cinta itu satu fitrah. Jangan dirosakkan.  

 Memetik kata-kata saudara Hilal Asyraf,

"Cinta dan Couple itu tak sama. 
Cinta itu mahal. Tak sanggup dikotorkan. Tiada masalah jika cinta tanpa couple. Masih cinta."

Batu-bata kehidupan


Jadi,
Siapa kata cinta = couple?
Sila tukar definisi itu.

Pokoknya disini, cinta dan cita-cita seorang Muslim itu sangat rapat perkaitannya. Cinta yang berlandaskan syariatNya pasti akan beroleh balasan yang setimpal. Apabila cinta mulia berjaya digapai dan digenggam erat, cita -cita untuk ke syurga pasti jadi kenyataan. 

Cintailah yang Maha Menyintai.
Jom bercita-cita ke syurga! 
:)



Duhai Temanku
Mengapa dipisahkannya
cita-cita dan cinta
Keimanan itu akan menyatukan ia
Jika kita Mencuba

Dimana citamu.. Dimana Cintamu
Keduanya perlu.. Kau binalah kerana Tuhanmu
Agar keduanya berpadu
Cinta yang hakiki.. lahir di hati suci
Demi iman dan Islam
Jangan kau pula pisahkannya
Antara cita-cita dan cinta

Cinta yang sejati.. Bukannya ilusi mimpi
Usaha seiring doa
Kerna Iman dan Islam
Harus kita menunaikannya

Cintailah citamu
Binalah kerana Tuhanmu


Album : Qiblat
Penyanyi : Rabbani
Komposer : Syed Mohamad
Penulis Lirik : Pahrol Mohd Juoi



________________________
Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sesungguhnya adalah perkara yang keji dan merupakan satu jalan yang buruk. (Al- Israk 17:32)

Bercinta itu tidak salah. 
Yang penting ialah, 
Bagaimana kau bercinta, Kenapa kau bercinta, dan untuk apakah kau bercinta. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...