20130710

Allah lebih tahu

2 Ramadan 1434 Hijriah.

Allah lebih tahu apa yang kita perlukan.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Allah lebih tahu apa yang sepatutnya jadi milik kita.

Belajar menerima.
Belajar senyum seikhlasnya.

Kamu sedang diuji.
Walau ujian tak sehebat mana.
Kamu tetap sedang diuji.

Belajar redha.
:)

20130602

kopi-pes

pada akhirnya semua orang yang mencari cinta akan kembali kepada Tuhan. kerana setelah lelah mencari cinta dia akan sedar, dia cuma boleh meminta cinta dari Tuhannya.







cuma kopi-pes dari tumblr.
tak ada idea nak menaip panjang.

Tuhan sangat-sangat tahu hati ini.
Banyak pula quote yang sangat-sangat sesuai dengan situasi.

siapa lagi yang lebih mengetahui kalau bukan Dia.
:')

Belajar


Belajar percaya dan yakin, 
Bahawa tidak ada “sad ending”.

Yang ada cuma kebahagiaan yang ditangguhkan. 
Sama ada diganti dengan yang lebih baik.
Atau disimpan sehingga tiba saat dan masa yang sesuai.

Mudahnya, 
kalau ia adalah ketentuan dan kehendak Tuhan, 
Maka apakah yang menyedihkan?

via tersenyum-melihat-langit 




*tersentap*sangat*

wuwuwuw..
T.T

20130524

Kisah novel

Kisah di dalam novel itu terkadang terlalu indah 
untuk hidup dalam realiti.



hakikatnya,



kisah cinta kita tak semestinya indah.
dan 
kisah kita telahpun 
direncana
olehNya
sejak azali lagi.






mungkin 
kita boleh 
novelkan kisah cinta kita pula
selepas ini..?

20130521

Terpendam



Makin aku berjalan dekat 
Makin kau mengundur jauh

Jalan aku henti
Lihat kau pergi

harap la kau tahu
isi hati yang aku pendam kuat-kuat

boleh awak jalan dengan saya?
Awak di depan
Saya di belakang




Sigh
*tunduk*

20130518

2 sisi

Aku rasa diri aku ini ada 2 sisi
terkadang aku rasakan 
bagai mengerekot lemah.
Tapi hakikat aku masih berdiri tegak
segar bugar

terkadang aku rasakan penat, letih
hakikat aku masih bertenaga
tapi cuma di luar

terkadang aku rasakan hiba.
bagai tersedu-sedan di dalam
namun hakikat 
aku sedang mengukir senyuman di luar

berjalan bagai terawang
hakikat aku masih berpijak 
di tanah
dengan debu yang melekat


20130517

Hai sayang..


Hai sayang.
Masalah. 

Makin dijauh.. makin mendekat..
Makin di-lari.. makin mengejar
Makin dilempar jauh.. makin terbang dekat

aduhai.
ok..ok..

baiklah 'sayang'..
Ayuh ketemu..
Ayuh bersemuka..
Aku tak takut
   tak kisah..

Kau cuma masalah.
yang masuk dalam bayangan aku.

Ayuh pisahkan antara jasad dan bayang.
Aku cuma harap kau pergi.
Jauh.

:)


Classic soul


Ya.
Aku mengaku air mata aku hampir.. hampir 
turun jatuh

Ya.
Aku mengaku hati aku hampir.. hampir 
penat jadi keras

Ya.
Aku mengaku jiwa aku hampir.. hampir 
luluh dari tubuh






Tapi itu semua perasaan yang mungkin
sudah boleh dianggap klasik.

aku sudah tak perlukannya lagi.

Pinjam


Aku harap aku boleh korek keluar hatimu
dan baca apa ada dalamnya

Aku harap aku boleh membaca matamu
dapatlah aku pandang dari sudut lihat kau

Aku harap aku boleh masuk dalam kasut kau
dapatlah aku rasanya bagaimana menjadi kau. 

Senyum kau.
Aku rasa macam ada rahsia.
Aku rasa la--

Aku tak segan silu pinjamkan bahu
kalau kau mahu--
Aku tak malu pinjamkan telinga
kalau kau ingin--

Aku rela!

Sebab sayangnya aku pada kau.

Harap la kau tahu
apa ada dalam hati aku.

Cinta yang mahal



Jujurnya aku tak gemar
gemar lihat kau bermain api
api cinta
cinta tak sah.

Sebenarnya aku harap
harap ada adam
adam yang mengerti
mengerti bahawa cinta
cinta tak harus dibawa ke simpang
simpang hitam.

adam sayang hawa kan?

Seikhlasnya aku pinta
pinta adam agar
agar jadikan hawamu
hawamu permaisuri dunia
dunia juga akhirat.

Sepenuhnya aku mahu adam tahu
tahu bahawa untuk
untuk jadikan hawa permaisuri, 
jangan telefonnya kerap kali
jangan mesejnya acap kali
jangan berdua-dua dengannya saban kali
jangan pegang tangannya kesekian kali
jangan
jangan
jangan
sebab hawa ini terlalu-amat-sangat lembut sekali

Sebetulnya aku mahu
mahu adam tahu
tahu bahawa aku 
aku tak gemar lihat
lihat adam beli hati 
hati hawa dengan murah

Makanya belilah cinta
dengan cara yang terhormat


kerana 
Cinta itu mahal harganya



20130515

Terlalu sensitif mungkin..?



kebelakangan
Air mata mudah saja bergenang,
Mata cepat saja hangat,
Hati cepat saja sebak,
Jiwa selalu saja terasa,

Aku sedar
Maka

Cepat-cepat lah aku senyum
Pantas-pantaslah aku ketawa besar
Laju-lajulah aku menukar bicara
Lari-larilah aku palingkan wajah




haish...











atau
aku saja yang terlalu sensitif..? 

20130514

Jujur



Manusia ini
sebengis mana pun dia..
sezalim mana pun dia..
sezuhud mana pun dia..

pabila waktu tidur,
dia akan menjadi manusia paling polos
dengan wajah paling jujur.




20130513

Cakap depan cermin



Teringat.
zaman aku kanak-kanak dulu,
Aku gemar bercakap depan cermin.

Kadangkala cermin itu aku pandang saja. 
Kadangkala cermin itu macam kawan aku.
Aku cakap, dan 'dia' balas. 
Aku ketawa, dan 'dia' sama-sama ketawa.
Aku bersolek, dan 'dia' sama-sama bantu.
Aku berlatih pidato, dan 'dia' jadi penonton.
Aku luahkan perasaan, dan 'dia' jadi pendengar.
Aku menangis, dan 'dia' pujuk.

Cermin tu macam bestfriend aku.
Terkadang 'dia' tunjukkan betapa teruknya aku.

Kini aku sudah masuk zon remaja. 

Aku sudah tak bercakap depan cermin.
Cermin itu fungsinya cuma untuk bantu aku
oles lip balm, baiki tudung, sapu bedak, picit jerawat
Semata-mata untuk buat aku rasa elok depan orang, hanya aku yang rasa.

Kalau cermin kata hodoh, hodohlah kataku
Kalau cermin kata busuk, busuklah kataku
Kalau cermin kata aku cantik macam princess, walaupun orang lain tengok macam nampak hantu.
Aku tetap percaya cermin lagi.

Bagaimana kalau cermin tak ada?

Macam mana aku nak lihat wajah sendiri?
Macam mana aku nak baiki tudung yang asyik terkelepet?
Macam mana aku nak oles lip balm pada bibir?
Macam mana aku nak tengok baju tu padan atau tak dengan kain?
Macam mana aku nak tengok apa yang orang lain lihat pada batang tubuhku?

Nampak sangat aku tak punya keyakinan.
Yang aku sebenarnya boleh hidup tanpa cermin.

Apa yang aku kisah sangat dengan apa orang lihat pada aku?
Apa yang aku kisah sangat kalau baju tu tak matching warna dengan kain?
Apa yang aku kisah sangat kalau bibir aku pucat tanpa warna merah?

Sebabnya 

aku terlalu fikir apa kata orang lain.
Sehingga aku terlupa apa pula kata Tuhan.

Langit itu



Ada seorang insan ini.
Petang itu, dalam keriuhan orang lain bergelak ketawa, dia tenang pergi ke luar. Menjauhkan diri  dari keriuhan. 

Matanya asyik melihat awan-awan berarak. Putih bersih. Gebu. Cantik. Tak berkalih. Entah apa difikirkan.
Senyuman terukir. Mulutnya terkumat kamit memuji kebesaran Ilahi. 
Tiba-tiba matanya terasa panas. Air mata mula bergenang. Empangan mata mula pecah dan air hangat pantas turun ke pipi. Senyuman kini sudah hilang dari bibir. 

Seboleh mungkin dia cuba menahan rasa itu. Tapi gagal. Matanya kini terpejam. Kepalanya menunduk ke bawah. Bibirnya dikatup kuat agar tiada tangisan kedengaran. Sedu sedannya ditahan kuat agar tiada siapa mengetahui hatinya pada ketika itu. Tangannya digengam kuat untuk menahan rasa itu. Biarlah tak siapa tahu hatinya. 

Keadaan kini sedikit tenang. Insan itu berusaha menenangkan dirinya sendiri. Air  matanya sudah berhenti mengalir. Matanya dibuka. Jelas terlihat warna kemerah-merahan. Dia menarik nafas panjang untuk beroleh kelegaan. Kali ini dia pandang ke arah langit lagi. Langit bagai memujuk-mujuk hatinya supaya berhenti bersedih. Warna langit kini sudah berubah berwarna kemerah-merahan bercampur sedikit jingga, ungu dan kelabu. 

Dia memejamkan mata dan membiarkan pipinya dicium angin-angin yang lalu lalang. Suatu kelegaan muncul dengan sendirinya. Mulutnya terkumat-kamit menyebut satu nama. Allah..Allah..Allah..

Nama itulah yang beri ketenangan dalam jiwanya. 

Dia malu dengan dirinya sendiri. Baru dijentik dengan ujian sudah jatuh tersungkur. 
Bagaimana mahu menjadi mujahidah!

Ujian tidaklah sebesar mana sudah tak dapat melangkah. 
Ujian tak sehebat mana sudah mahu undur diri.
Malu. Malu. Malu. Malu dengan diri sendiri!

Malu memikirkan apalah yang Tuhan sedang lihat pada dirinya pada ketika itu. Langsung tak tegar. Langsung tak kuat. Langsung tak gagah. 

Langit memujuk. Kali ini ditampilkan warna-warna senja yang menawan. 

Kata langit,
"Bersabarlah. Tidakkah kamu sedar ujian ini sebenarnya untuk menaikkan kamu. Untuk membesarkan jiwa kamu. Ujian ini untuk mencungkil nilai hebat dalam diri kamu. Apakah kamu dapat mengatasinya?
Lepas satu ujian, ke ujian yang lain. Semuanya itu untuk kamu jua. Di akhirnya pasti kamu akan berterima kasih akan ujian-ujian yang mengajar kamu dulu."

Tangisannya kini sudah benar-benar reda. 
Dia sedar dia kini sudah jauh berubah berbanding dulu. Jiwanya kini lebih kuat. Hatinya sudah lebih cekal.

Senyum. Syukur. 



   

20130428

fahami aku

Kalaupun aku ini sukar untuk 'kau' fahami..
Namun 'kau' masih tak henti usaha untuk memahami






Aku sedang mencari 'kau'..

Dimana agaknya 'kau' sekarang..?



irama puisi

bismillah

Puisi itu umpama lantunan mainan jiwa
yang sukar digambarkan dengan imej.

Kamu perlu baca 
dan hadam
kemudian 
baru faham








dapat?
haha.




Hujung minggu yang puitis 5#


Puisi itu terkadang seperti 

makan karipap
digigit kulit, nampak isi
sama ada-- 
sedap
tak sedap
pedas
tawar
masin
tak rasa apa-apa

hadam puisi, nampak yang tersirat
sama ada--
faham
tak faham
lucu
ironis
sinikal
sarkastik
tak rasa apa-apa





Hujung minggu yang puitis 4#

kau tahu aku rindu?
sengaja aku tinggalkan lama-lama
biar kau rindu aku juga

tapi pasti saja
sekejap lagi
kau akan lupa
nama aku
wajah aku
diri aku

kau nampak dia
kau lupa aku



Hujung minggu yang puitis 3#

Rejuvenisasi

Hati
cumalah sekadar pinjaman monokrom-- 
kerna cinta yang berwarna-warni mudah
menambrak ke pinggir-pinggir jiwa muda

Bagai dilaung-laung memanggil pemilik suara hati
yang senyap dan kosong
tuli barangkali---

walau ia sebenarnya sedang
mempersiapkan diri dalam diam.





Hujung minggu yang puitis 2#

Tahukah kau
bagaimana aku penat mengawal jantung
agar tak terlepas melompat kencang
ketika ianya merasai kehadiran kau?

#Gelombang Hujung Minggu 2#




Hujung minggu yang puitis 1#

Baru aku tahu
mengintai kamu itu lebih sukar dari mengingat kamu
Baru aku sedar
membenci kamu itu lebih sukar dari mencinta kamu
Baru aku faham
mengenali kamu itu lebih sukar dari memahami kamu

#Gelombang Hujung Minggu#



20130216

Untuk Aku

bismillah

Saya manusia biasa yang pernah menghadap zaman kejahilan.
Dulu dan sekarang saya berbeza.. tak sama.
tapi, manusia boleh berubah kan..?

hari ni, TERstalk fb seseorang yang pernah buat diri ini rasa sangat down..

dan..

dia sangat hebat pada hari ni.. *rasa down lagi* sobsob..

cantik
study abroad
bijak
pandai masak
kelakar

tapi,
dia tetap punya satu kelemahan..
tak apalah.. antara dia dan Allah..


UNTUK AKU..
sekarang,
tugasmu...
teruskan saja kehidupan.
biarlah hidupmu bergerak selambat kura-kura, tapi kamu bahagia
buatlah apa saja seikhlasmu..
Tuhanmu tak pandang luaran kamu..
Dia pandang iman kamu..
dan orang beriman
tidak berdengki.


:')




______________________



Nabi Muhammad pernah ditanya oleh sahabat, 
"Siapakah manusia yang terbaik?"

Nabi menjawab,
"Mukmin yang hatinya bersih"

Kemudian Nabi ditanya lagi,
"Siapakah mukmin yang hatinya bersih?"

Lantas Nabi menjawab,
"Iaitu orang yang bertaqwa, hatinya bersih, tidak melakukan derhaka dan pengkhianatan terhadap Tuhan, tidak berdendam dan berdengki pada orang lain,"


20130203

Rasa dalam hati



Dalam kesibukan menyiapkan rph, mencuri sedikit masa menukilkan ini - rasa hati ini.

Aku ini manusia biasa. Mempunyai fitrah yang sama dengan semua orang. - 
Ingin disayangi dan menyayangi. 

Bukan tidak pernah didekati, cuma aku memasang dinding terlalu tinggi pada yang ingin mendekat. 
Aku memang penakut. Takut menghadap masa terkehadapan. 
Tapi mungkin juga Allah mahu aku tetap lagi menjaga hati ini. Dia lebih tahu. 
Mungkin Dia tahu aku belum sedia. Dia lebih tahu. 
Mungkin Dia sedang menjaga aku. 

Cinta ini bukan perkara main-main. 
Kita yang perlu memahalkan cinta. 
Jangan buat cinta nampak murahan. 

Orang yang ingin berkahwin, bukanlah kerana dia 'gatal'. 
Mungkin saja dia sudah sedia galas tanggungjawab.

Berkahwin itu lebih baik daripada bercinta bertahun-tahun tanpa ada apa-apa ikatan. 











Andailah kamu tahu.
Aku memang sayang. 
Sejak dulu hingga sekarang.











_______________________
Hati-hatilah sebelum jatuh cinta.
Kenali hatimu, cintamu.. sebelum jauh mencintai. 


Andai kamu berani memulakan, kamu juga perlu berani memikirkan kesudahannya. 

Mencintai tak semestinya memiliki.  <3







20130123

FASA 3

Bismillahirahmanirahim..


7.20pagi
23 Januari 2013

Berpagi-pagi lagi. Pagi yang masih gelap. Tersenyum lebar melepasi pak guard. 
Hari ketiga. Sedang mengisi semangat-semangat baru dalam hati. Sikit demi sikit. 

Semoga cinta kian bertaut. Semoga hati kian terpaut.

Bakal meneruskan rutin ini untuk 3 bulan seterusnya. Moga dipermudahkan. Amin..!!

Saya sayang SK Bukit Keteri <3
:)



gambar kidnap dalam intenet. Lupa nak amek gambar pagi-pagi. Haha.

20130114

:)

dulu aku dah puas menangis.
sekarang nak senyum. 


ada masalah?
:)

20130109

Buku kecil biru tua

berseorangan
kaki berjalan, 
mata melilau, 
telinga mendengar, 
mulut berbisik, 
kulit merasa, 
tangan membelek,
mencari sesuatu.
di sekitar rak-rak penuh ilmu.

apa yang dicari?
tak berjumpakah?

entah.
aku mencari sesuatu yang tak pasti apakah ia.
ia semacam 
cinta,
berinspirasi,
kuat,
bermakna,
tulus,
berilmiah,
ada pegangan,
berseni,
ada sejarah,

Sebenarnya ada.
sebenarnya sentiasa ada disisi kamu.
kamu saja tak sedar.

Buku kecil biru tua berzip itu,
ada segala-galanya.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...