20121105

Sentap!

Zup..!

"Adoi. Sentap betullah kalau dengar dia ni cakap,"  Gumam hati. Geram tiba-tiba. 

"Dah, kalo kau tak buat, kenapa nak sentap?,"  bagai ada suara asing yang menyampuk.

Zup..!  Sentap lagi.


****

Pagi itu, awal Fyn bangkit dari tidur. Sesudah mandi, solat dan mengalas perut tanda sarapan, tangannya cepat-cepat membuka suis laptop. Broadband dikeluarkan dari laci meja dan dicucuk ke usb. Internet on. Facebook dibuka. Kelihatan simbol-simbol merah menyala-nyala di satu sudut facebook itu.

"Wah, ade 68 notification..! "  Hehe. Seronok.

Jarang-jarang sekali peroleh notification sebanyak itu membuatkan dia sedikit teruja. Kalau diikutkan orang lain, notification sebanyak itu tiada apa-apa pun. 

Cepat-cepat dia menekan butang notification. Kebanyakan notification tersebut tertumpu pada gambar yang baru diuploadnya semalam. Ada juga beberapa game request daripada entah siapa. Dia tak kenal. 

Gambar yang baru diuploadnya itu merupakan gambarnya ketika di bercuti bersama kawan-kawan di Pulau Tioman. Gambar itu gayanya agak daring. Fyn memang menarik orangnya. Cuma dia agak malu apabila berhadapan dengan lelaki. 

Entah kenapa dia berani upload gambar itu ke fb. Kalau dulu, dia memang tak suka upload gambarnya seorang diri ke fb. Malu. 

Ramai pula yang Like gambarnya. Tak kurang yang memuji, "Cantik!" , "Cunnya!" , "Jarang tengok Fyn macam ni," . Tapi ada satu komen yang buat Fyn sentap.

"Daringnya posing. Dah berubah sekarang."

"Ahh, biarlah. Rasanya bukan teruk sangat pun aku posing. Biasa saja.  Baju pun tutup aurat," Gumamnya sendiri. Entah kenapa. Pedih pula rasanya membaca komen itu. 

Si dia yang memberi komen itu dia block.  Biar dia tahu aku tak suka dia cakap macam tu.

"Oh, Kau nak semua orang puji kau ke? Eh, Kau upload gambar tu sebab nak orang puji ke ape?" Ada bisikan yang menyelinap.

"Erm, entahlah. Aku tak tahu. Mungkin ya aku mahu orang puji aku,"

"Apa pentingnya pujian orang? Supaya kau terus berada di awangan?"



****


Malam itu, melayari facebook lagi.
Banyak pula kata-kata islamik ni keluar di wall. Sambil tangan memegang tetikus, jari asyik memutar scroll ke bawah. Terbaca pula satu ayat ni. Sentap!.



"Wanita yang baik tidak akan menunjuk-nunjukkan kecantikan dirinya kerana mengharapkan pujian manusia.  Mereka akan merasa malu sekiranya gambar itu terlalu menonjolkan mereka. Bukankah barang yang baik itu seeloknya disimpan?"


Tersentap!
Terus dia teringatkan gambar-gambar di facebooknya. Tangannya cepat-cepat membuka fail gambar. Satu persatu diperhatikan. Ya. Hanya gambar yang baru diuploadnya kelmarin agak berlainan gayanya.  

Fyn memerhatikan like yang diterimanya untuk gambar itu. Lebih 50 like dan beberapa komen. 

Allah. Kenapa aku langsung tak berasa malu orang melihat gambar aku sebegini?
Tapi kini terbit seribu satu penyesalan dalam hati ini. Cepat-cepat dia delete gambar itu. Hatinya terasa malu yang teramat. Entah berapa orang telah melihat gambar itu. 

Oh, malunya!.









___________


Kadang-kadang Allah sengaja buat hati kita terasa agar kita sedar kesilapan yang telah kita lakukan. 

Jika kita terbaca post-post yang membuatkan kita terasa hati, sila BERLAPANG DADA. 
Post-post itu tak ditujukan pada kita pun. Cuma kita yang terasa. 
Bersyukurlah kerana dengan post itu membuatkan kita sedar apa yang kita lakukan. 
Ucapkan terima kasih juga sahabat kita kerana tegurannya itu.  Seronok bila ada yang menegur. Tanda mereka prihatin.

Dalam hidup ini sebenarnya tiada kebetulan.
Semuanya telah ditakdirkan. 

Belajar menerima walaupun pahit.
Belajar berlapang dada walaupun sesak.

Tuhan itu Maha Tahu.  
:)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...