20130524

Kisah novel

Kisah di dalam novel itu terkadang terlalu indah 
untuk hidup dalam realiti.



hakikatnya,



kisah cinta kita tak semestinya indah.
dan 
kisah kita telahpun 
direncana
olehNya
sejak azali lagi.






mungkin 
kita boleh 
novelkan kisah cinta kita pula
selepas ini..?

20130521

Terpendam



Makin aku berjalan dekat 
Makin kau mengundur jauh

Jalan aku henti
Lihat kau pergi

harap la kau tahu
isi hati yang aku pendam kuat-kuat

boleh awak jalan dengan saya?
Awak di depan
Saya di belakang




Sigh
*tunduk*

20130518

2 sisi

Aku rasa diri aku ini ada 2 sisi
terkadang aku rasakan 
bagai mengerekot lemah.
Tapi hakikat aku masih berdiri tegak
segar bugar

terkadang aku rasakan penat, letih
hakikat aku masih bertenaga
tapi cuma di luar

terkadang aku rasakan hiba.
bagai tersedu-sedan di dalam
namun hakikat 
aku sedang mengukir senyuman di luar

berjalan bagai terawang
hakikat aku masih berpijak 
di tanah
dengan debu yang melekat


20130517

Hai sayang..


Hai sayang.
Masalah. 

Makin dijauh.. makin mendekat..
Makin di-lari.. makin mengejar
Makin dilempar jauh.. makin terbang dekat

aduhai.
ok..ok..

baiklah 'sayang'..
Ayuh ketemu..
Ayuh bersemuka..
Aku tak takut
   tak kisah..

Kau cuma masalah.
yang masuk dalam bayangan aku.

Ayuh pisahkan antara jasad dan bayang.
Aku cuma harap kau pergi.
Jauh.

:)


Classic soul


Ya.
Aku mengaku air mata aku hampir.. hampir 
turun jatuh

Ya.
Aku mengaku hati aku hampir.. hampir 
penat jadi keras

Ya.
Aku mengaku jiwa aku hampir.. hampir 
luluh dari tubuh






Tapi itu semua perasaan yang mungkin
sudah boleh dianggap klasik.

aku sudah tak perlukannya lagi.

Pinjam


Aku harap aku boleh korek keluar hatimu
dan baca apa ada dalamnya

Aku harap aku boleh membaca matamu
dapatlah aku pandang dari sudut lihat kau

Aku harap aku boleh masuk dalam kasut kau
dapatlah aku rasanya bagaimana menjadi kau. 

Senyum kau.
Aku rasa macam ada rahsia.
Aku rasa la--

Aku tak segan silu pinjamkan bahu
kalau kau mahu--
Aku tak malu pinjamkan telinga
kalau kau ingin--

Aku rela!

Sebab sayangnya aku pada kau.

Harap la kau tahu
apa ada dalam hati aku.

Cinta yang mahal



Jujurnya aku tak gemar
gemar lihat kau bermain api
api cinta
cinta tak sah.

Sebenarnya aku harap
harap ada adam
adam yang mengerti
mengerti bahawa cinta
cinta tak harus dibawa ke simpang
simpang hitam.

adam sayang hawa kan?

Seikhlasnya aku pinta
pinta adam agar
agar jadikan hawamu
hawamu permaisuri dunia
dunia juga akhirat.

Sepenuhnya aku mahu adam tahu
tahu bahawa untuk
untuk jadikan hawa permaisuri, 
jangan telefonnya kerap kali
jangan mesejnya acap kali
jangan berdua-dua dengannya saban kali
jangan pegang tangannya kesekian kali
jangan
jangan
jangan
sebab hawa ini terlalu-amat-sangat lembut sekali

Sebetulnya aku mahu
mahu adam tahu
tahu bahawa aku 
aku tak gemar lihat
lihat adam beli hati 
hati hawa dengan murah

Makanya belilah cinta
dengan cara yang terhormat


kerana 
Cinta itu mahal harganya



20130515

Terlalu sensitif mungkin..?



kebelakangan
Air mata mudah saja bergenang,
Mata cepat saja hangat,
Hati cepat saja sebak,
Jiwa selalu saja terasa,

Aku sedar
Maka

Cepat-cepat lah aku senyum
Pantas-pantaslah aku ketawa besar
Laju-lajulah aku menukar bicara
Lari-larilah aku palingkan wajah




haish...











atau
aku saja yang terlalu sensitif..? 

20130514

Jujur



Manusia ini
sebengis mana pun dia..
sezalim mana pun dia..
sezuhud mana pun dia..

pabila waktu tidur,
dia akan menjadi manusia paling polos
dengan wajah paling jujur.




20130513

Cakap depan cermin



Teringat.
zaman aku kanak-kanak dulu,
Aku gemar bercakap depan cermin.

Kadangkala cermin itu aku pandang saja. 
Kadangkala cermin itu macam kawan aku.
Aku cakap, dan 'dia' balas. 
Aku ketawa, dan 'dia' sama-sama ketawa.
Aku bersolek, dan 'dia' sama-sama bantu.
Aku berlatih pidato, dan 'dia' jadi penonton.
Aku luahkan perasaan, dan 'dia' jadi pendengar.
Aku menangis, dan 'dia' pujuk.

Cermin tu macam bestfriend aku.
Terkadang 'dia' tunjukkan betapa teruknya aku.

Kini aku sudah masuk zon remaja. 

Aku sudah tak bercakap depan cermin.
Cermin itu fungsinya cuma untuk bantu aku
oles lip balm, baiki tudung, sapu bedak, picit jerawat
Semata-mata untuk buat aku rasa elok depan orang, hanya aku yang rasa.

Kalau cermin kata hodoh, hodohlah kataku
Kalau cermin kata busuk, busuklah kataku
Kalau cermin kata aku cantik macam princess, walaupun orang lain tengok macam nampak hantu.
Aku tetap percaya cermin lagi.

Bagaimana kalau cermin tak ada?

Macam mana aku nak lihat wajah sendiri?
Macam mana aku nak baiki tudung yang asyik terkelepet?
Macam mana aku nak oles lip balm pada bibir?
Macam mana aku nak tengok baju tu padan atau tak dengan kain?
Macam mana aku nak tengok apa yang orang lain lihat pada batang tubuhku?

Nampak sangat aku tak punya keyakinan.
Yang aku sebenarnya boleh hidup tanpa cermin.

Apa yang aku kisah sangat dengan apa orang lihat pada aku?
Apa yang aku kisah sangat kalau baju tu tak matching warna dengan kain?
Apa yang aku kisah sangat kalau bibir aku pucat tanpa warna merah?

Sebabnya 

aku terlalu fikir apa kata orang lain.
Sehingga aku terlupa apa pula kata Tuhan.

Langit itu



Ada seorang insan ini.
Petang itu, dalam keriuhan orang lain bergelak ketawa, dia tenang pergi ke luar. Menjauhkan diri  dari keriuhan. 

Matanya asyik melihat awan-awan berarak. Putih bersih. Gebu. Cantik. Tak berkalih. Entah apa difikirkan.
Senyuman terukir. Mulutnya terkumat kamit memuji kebesaran Ilahi. 
Tiba-tiba matanya terasa panas. Air mata mula bergenang. Empangan mata mula pecah dan air hangat pantas turun ke pipi. Senyuman kini sudah hilang dari bibir. 

Seboleh mungkin dia cuba menahan rasa itu. Tapi gagal. Matanya kini terpejam. Kepalanya menunduk ke bawah. Bibirnya dikatup kuat agar tiada tangisan kedengaran. Sedu sedannya ditahan kuat agar tiada siapa mengetahui hatinya pada ketika itu. Tangannya digengam kuat untuk menahan rasa itu. Biarlah tak siapa tahu hatinya. 

Keadaan kini sedikit tenang. Insan itu berusaha menenangkan dirinya sendiri. Air  matanya sudah berhenti mengalir. Matanya dibuka. Jelas terlihat warna kemerah-merahan. Dia menarik nafas panjang untuk beroleh kelegaan. Kali ini dia pandang ke arah langit lagi. Langit bagai memujuk-mujuk hatinya supaya berhenti bersedih. Warna langit kini sudah berubah berwarna kemerah-merahan bercampur sedikit jingga, ungu dan kelabu. 

Dia memejamkan mata dan membiarkan pipinya dicium angin-angin yang lalu lalang. Suatu kelegaan muncul dengan sendirinya. Mulutnya terkumat-kamit menyebut satu nama. Allah..Allah..Allah..

Nama itulah yang beri ketenangan dalam jiwanya. 

Dia malu dengan dirinya sendiri. Baru dijentik dengan ujian sudah jatuh tersungkur. 
Bagaimana mahu menjadi mujahidah!

Ujian tidaklah sebesar mana sudah tak dapat melangkah. 
Ujian tak sehebat mana sudah mahu undur diri.
Malu. Malu. Malu. Malu dengan diri sendiri!

Malu memikirkan apalah yang Tuhan sedang lihat pada dirinya pada ketika itu. Langsung tak tegar. Langsung tak kuat. Langsung tak gagah. 

Langit memujuk. Kali ini ditampilkan warna-warna senja yang menawan. 

Kata langit,
"Bersabarlah. Tidakkah kamu sedar ujian ini sebenarnya untuk menaikkan kamu. Untuk membesarkan jiwa kamu. Ujian ini untuk mencungkil nilai hebat dalam diri kamu. Apakah kamu dapat mengatasinya?
Lepas satu ujian, ke ujian yang lain. Semuanya itu untuk kamu jua. Di akhirnya pasti kamu akan berterima kasih akan ujian-ujian yang mengajar kamu dulu."

Tangisannya kini sudah benar-benar reda. 
Dia sedar dia kini sudah jauh berubah berbanding dulu. Jiwanya kini lebih kuat. Hatinya sudah lebih cekal.

Senyum. Syukur. 



   

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...