20121102

C.I.N.T.A


wahh... dr. cinta berkata-kata lagi.
sebagaimana aku katakan dulu

'USAH SEMPITKAN FIKIRAN, CINTA ITU LUAS PENGERTIANNYA'

cinta pada saudara, cinta pada ibu bapa, haiwan peliharaan, kanak-kanak, adik beradik... itu semua adalah cinta. Tanpa cinta mereka, kita takkan hidup bahagia di dunia ini. 

betullah kata orang, JARAK ITU MENAMBAH RINDU

Bila adik-beradik sendiri belajar jauh-jauh, suatu kerinduan untuk kembali bertemu setelah lama berpisah. Hari-hari untuk bersemuka dirasakan lama benar hatta tinggal 1 jam untuk pulang. Itulah namanya rindu.

Pastinya ibulah yang paling tak sabar menanti anak-anak pulang. Ibulah yang sentiasa mengingatkan ayah bila si anak akan pulang. Agar ayah tak lupa untuk ke stesen bas mengambil anak. Itulah cinta.

Sampai pula dirumah, riuh rendah dengan suara adik beradik yang lain menyambut kepulangan. Itulah cinta. Rumah pun boleh tahan sepahnya. Walaupun selepas itu, gaduh sampai mogok tak mahu bercakap tapi hubungan darah masakan akan putus. Bergaduh adik beradik itu perkara biasa kerana itulah cinta. Gaduh-gaduh manja. 

Bila difikir-fikir,
cinta atau kasih sayang itu dari Allah. Andai Dia tak campakkan dalam hati manusia, cinta itu tetap tidak akan tumbuh. betullah, cinta tak boleh dipaksa-paksa. Walau setinggi mana perasaan cinta kita, semua itu tak akan berlaku tanpa izin Allah. 

Hati manusia itu Allah yang pegang. 

Dia boleh campak dan boleh ambil kembali cinta itu sepantas mana yang Dia mahu. Jangan pula berfikir,
'ahh, kejam..! mudahnya mengambil rasa cinta itu'. Jangan. 

Kerana Dia pasti tahu apa yang terbaik untuk kita. Andai Dia menghilangkan seseorang dalam hidup kita, pastinya akan diganti dengan yang lebih baik. 

Bersangka baiklah dengan Tuhan.
:) 





_____________
cinta dan mencintai itu fitrah indah.
belajar hiasi dan jaga agar kekal suci.

hati-hati juga dalam menjaga hati
supaya dalam hati itu ada Cinta Ilahi.


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...