20121103

Cinta dan Cita-cita


Antara cinta dan cita-cita.
Dua perkara yang cukup sinonim.Akrab. Sukar dipisahkan.
Soalan yang cukup popular masa kini. Femes.

Andai ditanya soalan

A  : Siapa yang kamu cinta?

B  : Allah, Rasul, Suami/ Isteri , Anak-anak, Sanak saudara, sahabat...

A  : Apa cita-citamu?

B  : Ingin ke syurga abadi.


Nah. Semudah itu jawapannya.Barangkali  ini jawapan kanak-kanak usia 7 Tahun yang punya fikiran yang suci. 
Kalau aku lemparkan soalan sebegini pada kalian yang jiwanya remaja ini, adakah jawapannya sama?  Ataupun jawapannya berbunyi begini : 

A : Siapa yang kamu cinta?

B : Pakwe saya. Namanya Aaron Aziz. Dia baik sangat. 

A : Apa cita-citamu?

B : Emm, saya nak belajar sampai dapat Phd, lepas tu saya nak duduk rumah saja dengan suami saya.


Ini cumalah perbualan yang direka. Tapi dapat tak konsepnya? 
Terkadang, kita cuma memikirkan sesuatu itu tanpa jarak. Maksudnya sekadar apa yang terjadi di sekeliling kita selain apa yang kita nampak dan mahu. Mereka hanya melihat dunia lebih daripada segala-galanya. 

Tapi cuba kita lihat 2 atau 20 tahun ke hadapan dimana limitasinya sedikit jauh. Pandanglah masa hadapan. Kenapa perlu jarak yang sebegitu jauh? 

Kerana kata Ibn Qayyum, 
Bau aroma syurga itu boleh dihidu dengan jarak 100 tahun.  Ternyata, syurga itu lebih jauh ke hadapan!

Bukankah syurga itu kekal selama-lamanya? Arah kita selepas ini pun hanya ada dua. 
Syurga atau neraka. 
Andai kita dilemparkan ke neraka kerana cita-cita utama kita ingin menjadi arkitek, lawyer, guru pastinya menyesal. 

Maksudnya di sini, bukanlah tidak boleh bercita-cita menjadi arkitek, lawyer atau guru. 
Yang penting ialah matlamat kita. Di penghujungnya, cita-cita kita di akhirat yang pasti ialah menggapai Syurga. Gunakan dunia ini sebagai alat untuk kita gapai cita-cita itu. Berkerjalah sebagai guru, lawyer, doktor atau apa-apa saja pekerjaan yang halal sebagai satu ibadah. Bukankah beribadah itu satu jalan untuk ke syurga?

Ok. Dapat konsep cita-cita ini?
Sekarang kita pergi kepada Cinta.

Manusia memang sukakan Cinta.   
Cinta itu ialah perasaan halus yang datangnya daripada Allah s.w.t. Cinta itu haruslah berpaksi kepada Allah. Masalah akan timbul sekiranya kita salah meletakkan kepentingan dalam bercinta itu. Cinta itu suci dan tidak seharusnya dijadikan cinta murahan. Bercinta tidak salah namun haruslah ada matlamat yang lebih jauh iaitu bercinta hingga ke syurga. 

Nah, bukankah cinta dan cita-cita itu saling berkait?
Cinta dan cita-cita ini haruslah disatukan. Janganlah terlalu mengejar cita-cita dunia hingga terlupa belajar mencintai dan dicintai. Cinta itu satu fitrah. Jangan dirosakkan.  

 Memetik kata-kata saudara Hilal Asyraf,

"Cinta dan Couple itu tak sama. 
Cinta itu mahal. Tak sanggup dikotorkan. Tiada masalah jika cinta tanpa couple. Masih cinta."

Batu-bata kehidupan


Jadi,
Siapa kata cinta = couple?
Sila tukar definisi itu.

Pokoknya disini, cinta dan cita-cita seorang Muslim itu sangat rapat perkaitannya. Cinta yang berlandaskan syariatNya pasti akan beroleh balasan yang setimpal. Apabila cinta mulia berjaya digapai dan digenggam erat, cita -cita untuk ke syurga pasti jadi kenyataan. 

Cintailah yang Maha Menyintai.
Jom bercita-cita ke syurga! 
:)



Duhai Temanku
Mengapa dipisahkannya
cita-cita dan cinta
Keimanan itu akan menyatukan ia
Jika kita Mencuba

Dimana citamu.. Dimana Cintamu
Keduanya perlu.. Kau binalah kerana Tuhanmu
Agar keduanya berpadu
Cinta yang hakiki.. lahir di hati suci
Demi iman dan Islam
Jangan kau pula pisahkannya
Antara cita-cita dan cinta

Cinta yang sejati.. Bukannya ilusi mimpi
Usaha seiring doa
Kerna Iman dan Islam
Harus kita menunaikannya

Cintailah citamu
Binalah kerana Tuhanmu


Album : Qiblat
Penyanyi : Rabbani
Komposer : Syed Mohamad
Penulis Lirik : Pahrol Mohd Juoi



________________________
Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sesungguhnya adalah perkara yang keji dan merupakan satu jalan yang buruk. (Al- Israk 17:32)

Bercinta itu tidak salah. 
Yang penting ialah, 
Bagaimana kau bercinta, Kenapa kau bercinta, dan untuk apakah kau bercinta. 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...