20121108

Pertunangan itu.




Since ramai teman-teman, sahabat, saudara mara yang bakal melangsungkan ikatan pertunangan bersama pasangan masing-masing, terasa nak buat satu post tentang ikatan pertunangan ni. Buat bekalan diri jua. Tehee.

Ok. Perlukah bertunang?
Hukum bertunang atau khitbah ini disebut para ulamak adalah sunat. Ada juga ulamak yang menyebut hukumnya sebagai harus. Bermakna, amalan tersebut digalakkan di dalam Islam demi mencapai tujuan tertentu.  

Khitbah atau bertunang bermaksud proses pihak lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing- masing. 

Khitbah memberi peluang kepada kita untuk bertaaruf atau berkenalan dengan pasangan masing-masing sebelum bernikah atau berkahwin. Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. Tempoh bertunang juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk menyemai persefahaman dengan pasangan masing-masing ke arah melahirkan sebuah mahligai yang bahagia. 

Selain itu, antara tujuan lain bertunang adalah supaya keluarga kedua-dua belah pihak dapat membina hubungan sebelum bergelar besan. Apabila kita berkahwin, kita bukan berkahwin dengan lelaki atau wanita itu sahaja, tetapi kita juga berkahwin dnegan keluarganya sekali. 

Hadis Rasulullah s.a.w yang mafhumnya : 
" Tidak halal bagi kamu perjualan di atas perjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain."

Kita tidak dibenarkan oleh syarak untuk meminang seseorang wanita / lelaki apabila wanita / lelaki itu sudah menjadi tunangan orang. 

Walaupun sudah bertunang, pasangan perlulah menjaga ikhtilat masing-masing kerana mereka masih belum dikira halal. Ibu bapa perlu juga memantau agar pertunangan ini tidak dijadikan lesen untuk berdua-duaan.  Hakikatnya, dalam tempoh pertunangan, si gadis masih lagi berada di bawah tanggungjawab walinya.  

Kita perlu membezakan antara amalan adat masyarakat dan juga konsep sebenar amalan tersebut mengikut syarak. Ia tidak memerlukan majlis besar-besaran atau hebahan seumpama mahu bernikah. Ia juga sebenarnya tidak memerlukan hantaran, dulang-dulang dan sebagainya. Itu hanyalah merupakan adat orang melayu. Namun begitu seboleh-bolehnya raikan adat selari syariat. 


Pertunangan ini sebaik-baiknya dirahsiakan. Dan janganlah bertunang dalam tempoh masa yang terlalu lama kerana pertunangan merupakan suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.

Hikmah tidak mengheboh-hebohkan pertunangan adalah untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh manusia yang berhasad dengki. Namun bukanlah tidak boleh langsung orang lain tahu tentang majlis pertunangan, cukuplah seudara-mara dan sahabat-sahabat terdekat. 

Sekiranya telah dapat dihidu oleh sesetengah orang, berhikmahlah dalam memberi tahu tentang pertunangan tersebut. Takut nanti lain pula jadinya. Tak perlu terlalu menghebahkan dan tak perlulah terlalu menyembunyikannya. Bersederhana saja. 


Bertunang itu matlamatnya jelas. Maka fokuslah kepada matlamatnya. 
Usah bertunang terlalu lama.

Tanyalah kembali pada diri, perlukah bertunang? jika perlu, kenapa? Kemudian, berapa lamakah tempohnya? Adakah terget untuk bernikah benar-benar telah menjadi fokus utama?

Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri, agama dan masa depan anda. Juga jangan dilupakan orang disekeliling anda. 






________________
Buatlah keputusan dengan bijak. 
Selamat bertunang.
:)  



No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...